Sunday 3 November 2013

Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013

Assalamualaikum,

PENDAHULUAN
1.1 Nama Aktiviti : Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013
1.2  Tarikh : 27 September 2013 hingga 6 Oktober 2013
1.3 Kursus Yang Berkaitan : AS101 Softskills , PB201 Entrepreneurship
1.4  Pihak Industri : Sinergy Ilmu Resources dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
1.5 Bilangan Pelajar : 21 orang pelajar, 13 orang pensyarah

MATLAMAT & OBJEKTIF
                2.1 Mendedahkan pelajar kepada Program Corporate Social Responsibility (CSR)
                2.2 Menyumbangkan tenaga kerja di sebalik tabir program di luar kampus
                2.3 Memupuk semangat dan budaya keusahawan di kalangan pelajar
                2.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli berpasukan

TENTATIF PROGRAM
Ekspo Buku Islam 8 (EBI) anjuran Sinergi Ilmu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang pada:
Tarikh : 27 September Hingga 6 Oktober 2013
Tempat : Kuantan Parade, Pahang
Masa : 10.00 a.m - 10.00 p.m

HASIL DAPATAN SEMINAR/IMPAK
Program ini telah berjaya meningkatkan kemahiran softskills dan komunkasi pelajar dan pensyarah yang bertugas. Kami telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus beberapa acara bersama tokoh, penulis buku dan peserta booth pameran buku. Kami juga belajar untuk menerima arahan daripada pihak urusetia untuk memastikan perjalanan program berlangsung dengan sempurna.









Friday 1 November 2013

DME Carnival Oktober 2013

Assalamualaikum
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) POLISAS akan menganjurkan DME Carnival yang merupakan kesinambungan kepada penganjuran Yeis.  Program ini dirangka selaras dengan Misi dan Visi POLISAS iaitu menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknokrat separa profesional.


Karnival ini masih mengekalkan lima komponen utama iaitu inovasi, keusahawan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pembentangan projek akhir. Selain itu terdapat tambahan aktiviti yang melibatkan pertandingan dikalangan pelajar iaitu Computer Aided Design dan E- Micro Content Contest (emc2). Aktiviti-aktiviti tersebut dirancang bagi memberikan pengalaman sekaligus meningkatkan kemahiran insaniah pelajar JKM. 

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi menyokong usaha Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi KPT bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang.  Program seumpama ini juga diharapkan dapat melahirkan teknokrat yang berbakat dan berpotensi untuk bersaing di persada global sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar POLISAS selepas bergraduat.





Deteran Gerai Usahawan Pelajar PB201 dan Peniaga Luar





Pertandingan Autodesk Inventor






Bengkel Inovasi Semester 5 dan 6 Siri II





Ceramah OSHA untuk Pelajar Semester 2








Pameran & Perjurian Projek Pelajar Akhir Sesi Dis 2013





Pameran & Perjurian Poster Inovasi Semester 5

 Pertandingan eMCC
Pertandingan Business Plan