Monday, 2 December 2013

Knowledge Transfer Programme (KTP) Program Pembangunan Sistem Automasi Guru Kalaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum,

oleh : Azman Mohd Salleh

Penyelidik dan Ahli Komuniti Program KTP
Barisan hadapan dari kanan: En. Mohd Razuan (POLISAS), En. Azman Md. Saleh (POLISAS), Dr. Mohamad Sattar (UKM), En. Yusri Hussain (Pen. Pengarah Sektor Teknikal BPTV), En. Tajul Ariffin (UPM), Dr. Roseamnah bt Abdul Rauf (UM)
 Penyelidik, Komuniti dan Ahli Komuniti Program KTP
Barisan hadapan dari kanan: Pn. Nor Idzlina Idris (Pen. Pengelola Kanan Sektor Teknikal BPTV), En. Azman Md. Saleh (POLISAS), Dr. Haji Abdul Rahman Ayub (Tim. Pengarah Pengurusan Akademik BPTV), En. Mohd Rosdi Ismail (Ketua Pen. Pengarah Sektor Teknikal BPTV), En. Tajul Ariffin (UPM), & En. Nurul Mukhlis Kostor (SMT Tunku Jaafar)  

 Perlaksanaan Teori Program KTP (Sistem Pneumatik di dalam Industri)
Perlaksanaan Amali Program KTP (Sistem Pneumatik di dalam Industri)

Aktiviti Program
:
Knowledge Transfer Programme (KTP)
Program Pembangunan Sistem Automasi Guru
Kalaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
Kementerian Pelajaran Malaysia

Di bawah Skim Geran
:
Program Perpindahan Ilmu (KTP) – Komuniti

Tempat
:
Makmal Hitech
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan

Tarikh
:
18 November 2013 hingga 21 November 2013

Masa
:
8.30 pagi – 5.00 petang

Falsafah Skim Geran (KTP)
:
Skim Geran Program PemindahanIlmu – KTP dirangka untuk mengalakkan pemindahan ilmu yang telah dijana di IPTA kepada sasaran komuniti & industri untuk tujuan memperluaskan dan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam.

Definisi Skim Geran (KTP)
:
KTP boleh dirujukkan kepada premis Model Baru Ekonomi (MBE) Malaysia yang antara lain merujuk kepada pentingnya pengetahuan dalam ekonomi pendapatan tinggi. KTP dengan itu boleh menjadi salah satu instrumen pencapaian ini dalam jangkamasa panjang.

Tujuan Skim Geran (KTP)
:
Tujuan skim geran ini adalah bagaimana IPTA Malaysia dapat membantu dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu yang dijana di IPTA masing-masing untuk sasaran komuniti.

Ketua Penyelidik
:
Dr. Mohamad Sattar bin Rasul (UKM)

Penyelidik Bersama
:
i.            Dr. Roseamnah binti Abdul Rauf (UM)
ii.          En. Azman bin Md. Saleh (POLISAS)
iii.         Y.M. Tengku Besarrudin Shah bin Tengku Yaakob (POLISAS)
iv.        Ir. Dr. Puvanasvaran a/l A. Perumal (UteM)
v.         En. Tajul Ariffin (UPM)

Fasilitator
:
En. Mohd Razuan bin Mohamed Sari (POLISAS)

Ketua Komuniti/Organisasi

:
En. Mohd Rosdi Bin Ismail
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Teknikal
Bahagian Teknik & Vokasional (BPTV)

Bil. Ahli
Komuniti/Ahli

:
20 orang guru Sek. Menengah Teknik seluruh Malaysia
Kumpulan Sasaran
:
Guru Bidang Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal



Kursus Pneumatik & Hidraulik (Fasa 1) untuk Staf JKM

Assalamualaikum

Kursus Pneumatik & Hidraulik (Fasa 1)

oleh : Azman Md. Saleh

 Teori Asas Sistem Pneumatik
 Amali Asas Sistem Pneumatik
Amali Asas Sistem Pneumatik

Aktiviti Program
:
Kursus Pneumatik & Hidraulik (Fasa 1)

Tempat
:
Makmal Hitech
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan

Tarikh
:
26 November 2013 hingga 27 November 2013

Masa
:
8.30 pagi – 4.30 petang

Penceramah
:
i.            Azman Md. Saleh (Pneumatik)
ii.          Mohd Razuan Mohamed Sari (Hidraulik)

Fasilitator
:
i.            Nik Arieman Ariffin
ii.          En. Soffi Manda

Peserta Kursus

:
En. Muslim, En. Zainal Akmal, Pn. Rosedila, Pn. Norlini, & Pn. Norliana

LAPORAN Penyertaan Pelajar JKM - UTM EIMARace 2013

Assalamualaikum

oleh : Zairul Azrul Zakaria

Litar Lumba Pulau Dato’ Sagor, Kg. Gajah, Perak (29-30 November & 1 Disember 2013)
Litar Lumba Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, Johor (27-29 Disember 2013)

Educational Innovation of Motorsports & Automotive Race 2013 (EIMARace 2013) adalah satu program Inter-Institutional yang terbuka kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Antarabangsa, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kolej, Politeknik dan Institut Teknikal yang mengetengahkan konsep pembelajaran menerusi sukan permotoran. EIMARace adalah platform untuk para pelajar mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari seterusnya menambahbaik kemahiran mereka untuk dipraktikkan ke sektor automotif sebenar.
Dengan menyertai program ini, para pelajar dikehendaki membangunkan prototaip kereta lumba daripada ground base. Ini memberikan cabaran kepada para pelajar dari aspek fizik, aerodinamik, rekabentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, penajaan, pemasaran, kepimpinan, kerja berkumpulan, kemahiran media, strategi kewangan, implementasi secara pratikal, imaginatif dan persaingan secara sihat selain daripada objektif utama program iaitu pendedahan kepada sukan permotoran.
Setelah tahun ke 5 penganjurannya, pada tahun 2013, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kejituan, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala Lumpur sebagai penganjur telah mendapat tajaan yang terbesar daripada syarikat-syarikat korporat dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000. Pihak penganjur juga telah memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu kategori SS 250 disamping kategori SS131 yang sedia ada dikekalkan. Terlakar juga dalam sejarah penganjurannya, perlumbaan diadakan sebanyak 4 siri dan  jumlah penyertaan mencecah 35 pasukan. Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan.

 Foto 1: Pasukan AUTOSHAS APPLE TEAM
 Foto 2: Jentera AUTOSHAS APPLE
Foto 3: Kedudukan jentera AUTOSHAS APPLE di petak mula
 Foto 4: Pemeriksaan semula spesifikasi setelah menamatkan perlumbaan di tempat ke-3
Jadual 1: Pasukan-pasukan yang menyertai program EIMARace 2013

 Foto 5 & 6: Pemandu dan pengurus Pasukan AUTOSHAS APPLE TEAM menaiki podium untuk menerima hadiah kemenangan di tempat ke-3 dan diraikan oleh technical advisor dan crew

Penyertaan pasukan POLISAS ke program tersebut menerusi kategori SS131 diwakili oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bermula pada tahun 2011 sebagai penyertaan. Pada tahun 2012 pasukan POLISAS tidak menghantar penyertaan berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh pasukan. Pada tahun 2013, penyertaan semula telah dihantar oleh pasukan POLISAS dengan dibarisi oleh technical advisor dan crew yang baru. Kali ini, persaingan yang diberikan cukup sengit dengan prestasi jentera yang cukup luar biasa. Pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan nama AUTOSHAS APPLE TEAM kini semakin digeruni dan lebih dihormati oleh pasukan lawan berikutan keupayaan pasukan POLISAS yang berjaya memecah tradisi kemenangan podium yang selama ini dipelopori oleh pasukan dari Institusi Pendidikan Mara iaitu Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Giat Mara. Berikut adalah keputusan perlumbaan.

EIMARace 2013 –Keputusan SS 131 Pusingan 1
Litar Lumba Pulau Dato’ Sagor, Kg. Gajah, Perak

Race 1
1st - 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB
2nd - 9 GMG Northern Team
3rd - 8 IKMAL RACING TEAM
.... - ……………………………………..
7th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..

Race 2
1st - 8 IKMAL RACING TEAM
2nd - 9 GMG Northern Team
3rd - 1 PAGOH RACING TEAM – A
.... - ……………………………………..
12th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..

EIMARace 2013 –Keputusan SS 131 Pusingan 2
Litar Lumba Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, Johor
Race 1
1st - 8 IKMAL RACING TEAM
2nd – 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB
3rd - 9 GMG Northern Team
4th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..

Race 2
1st - 8 IKMAL RACING TEAM
2nd - 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB
3rd – 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
4th - 9 GMG Northern Team
.... - ……………………………………..
.... - ……………………………………..


Sunday, 3 November 2013

Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013

Assalamualaikum,

PENDAHULUAN
1.1 Nama Aktiviti : Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013
1.2  Tarikh : 27 September 2013 hingga 6 Oktober 2013
1.3 Kursus Yang Berkaitan : AS101 Softskills , PB201 Entrepreneurship
1.4  Pihak Industri : Sinergy Ilmu Resources dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
1.5 Bilangan Pelajar : 21 orang pelajar, 13 orang pensyarah

MATLAMAT & OBJEKTIF
                2.1 Mendedahkan pelajar kepada Program Corporate Social Responsibility (CSR)
                2.2 Menyumbangkan tenaga kerja di sebalik tabir program di luar kampus
                2.3 Memupuk semangat dan budaya keusahawan di kalangan pelajar
                2.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli berpasukan

TENTATIF PROGRAM
Ekspo Buku Islam 8 (EBI) anjuran Sinergi Ilmu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang pada:
Tarikh : 27 September Hingga 6 Oktober 2013
Tempat : Kuantan Parade, Pahang
Masa : 10.00 a.m - 10.00 p.m

HASIL DAPATAN SEMINAR/IMPAK
Program ini telah berjaya meningkatkan kemahiran softskills dan komunkasi pelajar dan pensyarah yang bertugas. Kami telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus beberapa acara bersama tokoh, penulis buku dan peserta booth pameran buku. Kami juga belajar untuk menerima arahan daripada pihak urusetia untuk memastikan perjalanan program berlangsung dengan sempurna.









Friday, 1 November 2013

DME Carnival Oktober 2013

Assalamualaikum
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) POLISAS akan menganjurkan DME Carnival yang merupakan kesinambungan kepada penganjuran Yeis.  Program ini dirangka selaras dengan Misi dan Visi POLISAS iaitu menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknokrat separa profesional.


Karnival ini masih mengekalkan lima komponen utama iaitu inovasi, keusahawan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pembentangan projek akhir. Selain itu terdapat tambahan aktiviti yang melibatkan pertandingan dikalangan pelajar iaitu Computer Aided Design dan E- Micro Content Contest (emc2). Aktiviti-aktiviti tersebut dirancang bagi memberikan pengalaman sekaligus meningkatkan kemahiran insaniah pelajar JKM. 

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi menyokong usaha Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi KPT bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang.  Program seumpama ini juga diharapkan dapat melahirkan teknokrat yang berbakat dan berpotensi untuk bersaing di persada global sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar POLISAS selepas bergraduat.





Deteran Gerai Usahawan Pelajar PB201 dan Peniaga Luar





Pertandingan Autodesk Inventor






Bengkel Inovasi Semester 5 dan 6 Siri II





Ceramah OSHA untuk Pelajar Semester 2








Pameran & Perjurian Projek Pelajar Akhir Sesi Dis 2013





Pameran & Perjurian Poster Inovasi Semester 5

 Pertandingan eMCC
Pertandingan Business Plan