Tuesday 19 July 2011

Saya Bekas Pelajar JKM POLISAS : Amirul Shaifullah bin Shaharuddin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  saya  ucapkan pada pensyarah-pensyarah POLISAS dan rakan-rakan sekalian.Saya Amirul Shaifullah bin Shaharuddin,bekas pelajar  POLISAS  2005 sehingga  2008,jurusan diploma kejuruteraan mekanikal,anak pertama dari  tiga orang beradik.Sekarang masih menuntut di Royal Melbourne Institute Of Technology University  (RMIT),Melbourne Australia dalam  jurusan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal tahun ketiga.Alhamdulillah dengan izin Allah,saya masih lagi berhubung dengan warga-warga POLISAS ,terutamanya para pensyarah walaupun sudah tiga tahun saya meninggalkan  POLISAS yang tercinta ini,terima kasih juga saya ucapakan pada Puan Farha yang member isaya peluang dan ruang untuk menulis dan berkongsi pengalaman bersama-sama sahabat –sahabat sekalian.
Sahabat-sahabat sekalian bertapa saya berasa beruntungnya diri saya menjadi sebahagian warga POLISAS.Di sini lah tempat saya menimba ilmu,mengenali erti sahabat,belajar erti kehidupan dan sebagainya.Pengalaman kali pertama mendaftar sebagai pelajar POLISAS masih segar lagi dalam ingatan saya,ketika kali pertama saya mengenal sahabat baik saya sehinggalah saya di letakkkan di bawah penasihat akedemik saya iaitu Encik Rospi. Jika sahabat-sahabat sekalian bertanyakan siapakah  pensyarah-pensyarah saya semenjak saya dari semester satu sehingga enam,nama-nama mereka masih lagi segar dalam ingatan saya.walaupun sudah tiga tahun berlalu tetapi saya masih lagi ingat kelas saya iaitu DKM A,dan nombor pelajar saya 02dkm05F034.

Politeknik-politeknik Malaysia terutamanya POLISAS,bagi pendapat saya menyediakan kemudahan belajar dan pembelajaran yang setanding dengan institusi-institusi awam yang lain.Yang membezakan kita dengan pelajar-pelajar institusi-institusi awam yang lain adalah sikap kita sendiri bukannya institusi kita.Ketekunan,kerajinan,tidak berputus asa,bercita-cita tinggi,daya saing yang tinggi itu adalah sikap yang perlu ada pada diri kita.Kita seharusnya berbangga dengan Politeknik kita,berbanding dengan institusi awam yang lain kita didedahkan kepada praktikal,seingat saya,ketika kita semester satu kita sudah didedahkan dengan penggunaan mesin larik,kimpalan dan sebagainya.Seharusnya kita menjadikan praktikal itu sebagai asset kita,kerana kita bukan sahaja mahir dari sudut akedemik malah praktikalnya juga.
Sepanjang tiga tahun saya menjadi warga POLISAS,banyak pengalaman yang saya lalui daripada layak mendapat anugerah ketua jabatan sehingga tidak layak untuk mendapat anugerah ketua jabatan dan pengarah,dimarahi pensyarah,bergaduh dengan JPP dan penasihatnya,bergaduh sesama kamsis dan sebagainya.Bagi saya  kita haruslah menjadi seorang yang positif kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.jadikan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan pengalaman kita dan belajarlah untuk saling memaafkan dan mengakui kelemahan diri kerana dengan itu kita pasti akan lebih berjaya.InsyaAllah.satu lagi pesanan saya,selain daripada sibuk dengan aktiviti akedemik sahabat juga harus bergiat aktif dalam kokurikulum seperti kamsis,JPP,persatuan sukan dan sebagainya kerana disitulah proses personality kita akan dibentuk selain daripada belajar sesuatu yang baru.

Jika sahabat-sahabat sekalian bertanyakan saya apakah tips belajar yang betul atau berkesan?saya tiada jawapan yang tepat kerana bagi saya setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza,mungkin ada yang gemar menulis nota,membaca sahaja dan menghafal,membuat latihan dan sebagainya,Tetapi apa yang saya boleh kongsikan disini ialah garis panduan yang saya amalkan ,belajar berterusan jangan amalkan kerja  “last minutes”, mencari nota atau rujukan luar contohnya jika sahabat –sahabat  belajar “electrical technology  1 and 2 ” selain daripada nota yang diberi oleh pensyarah rujukan juga boleh dibuat dengan menggunakan buku  “Electric  technology by John Bird” dengan ini sahabat akan mendapat kefahaman dan gambaran yang lebih mendalam, bertanya  dan berbincang bersama pensyarah  dan kawan-kawan dan jangan mengamalkan kerja “tangkap muat” dan meniru.Dan paling penting sekali bagi mereka yang beragama islam pastikan hubungan dengan Allah kuat,jaga solat,jaukan perkara-perkara haram dan tanamkan dalam diri sifat tawakkal. Berkenaan dengan subjek bagi saya subjek dalam kejuruteraan mekanikal semuanya amat menyeronokan walupun tak dinafikan ianya agak payah dan susah.Tetapi subjek kegemaran saya adalah “thermodynamic,fluid mechanic and solid mechanic” mungkin kerana pensyarahnya dan kaedah pembelajaran yang menyeronokan.

Sahabat-sahabat sekalian,perjalanan saya masih jauh.Saya masih tidak layak untuk menasihati sahabat-sahabat .Apa yang saya lakukan ini adalah sekadar berkongsi pengalaman saya dengan sahabat sekalian.Sudah banyak yang POLISAS dan warga-warga pensyarah lakukan sehingga saya boleh berada ditempat saya sekarang.Saya berharap penulisan saya yang tidak seberapa ini dapat dikongsikan dengan sahabat dan warga POLISAS sekalian. “Allah tidak akan mengubah nasib seusatu kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri” .untuk sampai ke tahap ini banyak yang telah saya korbankan,masa ,duit dan sebagainya.Ia bukan lah perkara yang mudah ,sahabat kena mendidik diri sahabat untuk bercita-cita tinggi,daya saing yang tinggi,berani kerana kehidupan disini jauh berbeza dengan kehidpuan saya di Malaysia dulu.Di sini semua bergerak pantas,tiada siapa yang hendak membantu,persaingan yang tinggi dan sengit,pembelajaran yang sangat berdikari.Jika tidak mempunyai  daya ketahanan yang tinggi kita pasti gagal. Ahamdulillah dengan izin dan rahmat Allah saya masih lagi diberikan rezeki untuk berada disini.Saya  berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang banyak mendidik dan mengajar saya.saya mendokan,ada sahabat-sahabat lain terutamanya warga POLISAS yang melanjutkan pengajian ke luar Negara. Insyaallah sehingga berjumpa lagi yang mana baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu kelemahan  diri saya,akhir kata terima kasih saya ucapkan dan saya bangga kerana saya adalah produk POLISAS.


(terima kasih , tulisan anda amat dihargai)

Sunday 17 July 2011

Saya Bekas Pelajar JKM POLISAS : AHMAD AZIRUN AB RAHMAN

Assalamualaikum warga POLISAS, ucapan terima kasih kepada Puan Farha yang sudi memberi peluang dan ruang kpd saya untuk berkongsi cerita dan kenangan bersama POLISAS.

AHMAD AZIRUN AB RAHMAN, 02DKM03F502, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.....perasaan saya ketika melihat surat tawaran kemasukkan sesi Disember 2003 sangat sukar untuk ditafsirkan, gembira, terkejut, ragu2...meruap menjadi satu...pahang ?jauh nya.....

Saya hadir dalam keluarga yang sederhana, mempunyai 8orang adik beradik hasil perkongsian hidup Ab Rahman Karim dan juga Hamidah Mat Saman, untuk ke Pahang saya agak mustahil kerana faktor jarak dan juga kewangan pada ketika itu, transport juga menjadi salah satu isu yang mana kesemua faktor tersebut membuatkan saya memutuskan satu kesimpulan yang saya kira terbaik buat kami sekeluarga...saya TOLAK tawaran tersebut....

Hari pendaftaran semakin dekat, suatu pagi ayah bersuara "kita sewa kereta, ambil kancil pn cukup lah".jadi bersama kancil, kami berlima(ayah, mak, abang, kakak dan saya) bertolak dari Tumpat ke Semambu dengan satu harapan....DIPLOMA.

Hari pendaftaran sangat mengujakan, suasana hiruk pikuk dalam dewan makmur suka untuk ditafsirkan, saya ditempatkan di DKM1 bersama dengan Dya, Pejoi, Apih, Baihaki, Linda, Rehan, Shaza, Azrul, Sham, Ghazali, Bukhori...(sekadar menyebut beberapa nama) dan diletakkan dibawah jagaan Puan Halimah dan En Azman.



Banyak kenangan manis ketika bergelar seorang pelajar, hari hari yang dilalui terasa sangat mendamaikan. Tugasan, Kuiz, Ujian dan Final Exam terasa menyesakkan tapi nikmat nya bila berjaya menghadapi segala macam bentuk soalan, terasa satu kepuasan yang menebal dalam jiwa bila soalan-soalan yang diajukan dapat diluahkan melalui tinta pena....jadi, habuan nya...setiap awal semester, pentas dewan makmur menjadi saksi penganugerahan "Anugerah Ketua Jabatan".


Untuk berjaya tak susah sebenarnya, tumpukan perhatian pada proses pembelajaran seterusnya aplikasikan apa input yang diperolehi...dalam ertikata lain, pembelajaran tidak hanya terhenti dalam kelas sahaja, perlu ada kesinambungan walaupun sedikit tapi berterusan....seterusnya tawakal kpd Allah Maha Pencipta kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, senantiasa berdoa mohon keberkatan dan keredhaan.

Semester 5 keputusan agak teruk jatuh, mungkin kenakalan jiwa remaja atau subjek yang ditawarkan terlalu tough..alasan boleh dicipta...tanpa tindakan ia tak membawa kemajuan. jadi semester 6, percaturan perlu tepat...Alhamdulillah, keputusan semester 6 sangat memberangsangkan. lagipun semester akhir dibantu dengan subjek2 kegemaran, kajidaya mesin, kajidaya bahan dan juga termodinamik....memang menarik.

Atas berkat usaha dan sabar, saya kini salah seorang teknokrat sebuah firma perunding mekanikal dan elektrikal. Memegang kata-kata genggam bara api biar sampai jadi abu membuat kan saya tidak mahu mengaku kalah sebelum berjuang. cuma pesan saya pada adik2 POLISAS, terus lah belajar dan belajar kerana peluang anda telah menanti anda disana...berlarilah merebut peluang itu kerana peluang itu tersangat indah itu digapai.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Rospi, En Nik Ariman, En Sapian, En Khaspi, En Wahab, En Sattar, En Baha, En Rosli, En Awang Nawang, Pn Halimah, Pn Farha, Pn Maskiah, Pn Haslinda, Pn Norida, Pn Mazilah, Pn Aida(sekadar menyebut beberapa nama) dan seluruh Warga Pendidik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan POLISAS. terima kasih kerana mendidik
kami...


(beliau telah menyambung Ijazah Sarjana Muda di UTHM, Batu Pahat selepas tamat di POLISAS)

Terima kasih

Friday 15 July 2011

CADCAM 3D Modelling Using AutoDesk Inventor Course

Kursus CADCAM 3D Modelling Using AutoDesk Inventor telah diadakan pada 12-14 Julai 2011 di Makmal AutoCAD JKM melibatkan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus JJ306 CAD 2. Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran pensyarah-pensyarah menggunakan perisian Inventor 2009. Kursus ini adalah anjuran JKM dan ULPL. Pengajar kursus ini adalah En Ridhuan dan Cik Syarlina Syarliza.

Untuk menyertai komuniti boleh daftar di Autodesk Education Community khas buat pensyarah dan pelajar.Untuk penerangan yang lebih terperinci, silalah ajukan pertanyaan kepada pensyarah kursus masing-masing.




Antara projek yang menggunakan perisian Inventor hasil carian di internet adalah seperti berikut :

http://www.deelip.com/?p=754




http://www.deelip.com/images/2009-10-26-001.gif




blog ini amat menarik untuk pelajar mendalami perisian Inventor : http://inventortrenches.blogspot.com/

terima kasih

Berita Bergambar : Lawatan 5S di MPK Kuantan

Antara contoh-contoh bahagian pejabat MPK yang melaksanakan 5S :)

1. kotak untuk mengisi barangan yang ingin disisihkan
2. penerangan kod kod pada sistem fail dan penerangannya
3. susunan fail yang mempunyai logo dan warna label yang seragam
4. laci laci dilabel mengikut kegunaan - alat tulis , dokumen pejabat dan dokumen peribadi
1. kad berbentuk ingatan / 'reminder' semasa mengangkat telefon
2. susunan meja yang teratur
3. hiasan yang minimum di atas meja beserta label bergambar pemilik meja
4. 'pigeon holes' berlabel
1. 'pigeon holes' berlabel
2. sudut 5S dengan hiasan yang seragam
3. artikel artikel berkaitan 5S bewarna warni yang menarik perhatian
4. suis suis lampu berlabel dengan kodnya sekali
bergambar kenangan di hadapan MPK
1. laci tarik dengan label dan nombor masing masing
2. desktop wallpaper yang standard dan seragam
3. laci alat tulis yang dilabel mengikut alatan
4. tema bunga matahari
1. pandangan di dalam salah satu pejabat
2. bilik fotostat
3. kad kad peringatan
4. kad penerangan bagi setiap laci



Perkongsian Artikel : 5S

Salam dan Salam Sejahtera,

 

Situasi 1:Hampir setiap hari berlaku kakitangan bertungkus lumus mencari maklumat dokumen dan peralatan yang diperlukan di dalam fail dan kotak di dalam stor mahupun di bawah meja mereka Kadang kadang mereka terpaksa merujuk dengan kakitangan yang lain untuk membantu mendapatkan benda yang dicari Keadaan itu bertambah buruk jika berlaku pada bahagian perkhidmatan kaunter Pelanggan telah lama menunggu pegawai di kaunter berkenaan untuk menyelesaikan urusannya

Situasi 2:Salah seorang kakitangan atau rakan sepejabat anda telah mengambil cuti panjang Selama ini semua pihak memberi tanggungjawab kepadanya sahaja untuk menyimpan dokumen dokumen dan pelbagai perkakas pejabat yang lain untuk disimpan Kini dokumen dan barang itu diperlukan untuk membereskan beberapa tugas yang perlu diselesaikan segera

Pernahkan anda berhadapan dengan situasi di atas? Sekali pandang ia kelihatan biasa dan mungkin juga melucukan. Kedua-dua contoh situasi di atas sebenarnya mampu menjejaskan kualiti dan prestasi organisasi. Bukan setakat itu, banyak masa dan sumber juga terbuang begitu sahaja disebabkan keadaan pejabat atau persekitaran tempat kerja yang kurang terurus dan sistem penyimpanan maklumat serta dokumen tidak dilakukan dengan berkesan.

Semakin banyak perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan, bermakna beban dan ruang untuk menyimpan dan merekodkan setiap perkhidmatan akan bertambah. Bilangan pelanggan yang meningkat juga akan menyebabkan semakin banyak data dan dokumen yang perlu disimpan. Keadaan itu telah membawa kepada lambakan dokumen dan barang di dalam pejabat-pejabat kerajaan.

Dokumen dan barang yang telah disusun itu pula akan menyebabkan masalah jika lokasinya tidak direkodkan secara sistematik atau memudahkan ia dicari apabila diperlukan.

5S Penyelesaian Bijak

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini.

Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara juru runding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Menurut Encik Mohd. Muzaffar Abdul Hamid, Pegawai Perunding NPC Wilayah Sarawak, beberapa buah organisasi kerajaan dan swasta di negeri ini telahpun mendapatkan khidmat NPC Sarawak serta melaksanakannya sejak pertengahan 1990an.

Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi). Setakat ini, sebanyak tujuh buah agensi kerajaan di Sarawak telah menggunakan khidmat NPC Sarawak sebagai juru runding pelaksanaan Program 5S di agensi mereka.
Objektif Utama Program 5S

- Membina budaya Kaizen di tempat kerja

- Membina kerjasama melalui penyertaan semua

- Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

- Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S :

- Pendekatan Kaizen

- Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Pelaksanaan Pertama - Mengamalkan Seiri (Sisih)

- Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua - Mengamalkan Seiton (Susun)

- Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.

- Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.

- Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

- Semua tempat dokumen atau barang diberi label.

- Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

- Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan

- Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan

- Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan

- Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

- Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman

- Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

- Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan

- Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu

- Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam - Persijilan 5S

- Pertandingan antara organisasi 5S

- Anugerah amalan 5S

- Organisasi model

Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

- Mengamalkan budaya kerja 5S

- Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

- Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

- Meluangkan masa untuk 5S

- Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

- Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Kajian Kes

Program 5S Jabatan Perbendaharaan Negeri

Dimulakan pada Mac 1996.

Koordinator : Pn. Surya Mohd Alias

Mempunyai 123 orang kakitangan.

Ruang pejabat dibahagikan kepada lapan zon (seorang Ketua Zon bagi setiap zon) Moto 5S jabatan ialah “5S Budaya Kita”. Pelaksanaan Quality hours diadakan pada setiap hari Sabtu bekerja iaitu dari jam 11.30 pagi hingga 12.50 tengahari. Penilaian 5S yang dikenali sebagai ‘Audit Amalan 5S’ dilakukan
empat kali setahun. Kumpulan penilai terdiri daripada seorang ketua dan lima orang ahli yang dipilih setiap tahun. Mereka merupakan wakil zon-zon. Penilaian itu akan menentukan bilangan bintang yang akan diberikan kepada setiap zon. Bintang itu akan menentukan jumlah wang saguhati yang akan diberikan, iaitu RM150.00 (5 Bintang), RM100.00 (4 Bintang) dan RM50.00 (3 Bintang). Wang berkenaan digunakan untuk menambahbaik Program 5S.

Zon yang berjaya memperoleh jumlah bintang terbanyak untuk tahun berkenaan akan diisytiharkan sebagai juara tahunan yang akan dianugerahkan Piala Pusingan 5S dan wang tunai RM300.00.

Hasilnya

- Suasana pejabat yang lebih bersih, tersusun dan kemas
- Setiap zon berusaha menjadikan kawasan mereka lebih baik daripada zon yang lain
- Produktiviti kerja jabatan meningkat
- Kos operasi menurun
- Penghantaran yang cepat dan tepat
- Keselamatan meningkat di tempat kerja
- Moral kakitangan yang tinggi


p/s untuk perkongsian dan bacaan bersama, semoga mendapat manfaat :O)

Tuesday 12 July 2011

LAWATAN RASMI 5S KE MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)

Pada 12 Julai 2011, 38 orang staf daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah membuat Lawatan Rasmi 5S ke MPK Kuantan. Kami telah bertolak daripada POLISAS pada jam 2.30 petang. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Program JKM, Pn Mazilah Abu Bakar.

Laporan lengkap lawatan ini akan dimuatnaik kemudian, beserta dengan gambar gambar pelaksanaan 5S di MPK.

Terima Kasih,

SENARAI NAMA KAKITANGAN JKM UNTUK LAWATAN RASMI 5S KE MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN
Ketua Program

  1. Mohd. Khaspi b. Kosnin
  2.  Aida Haryati bt. Muda
  3. Mazilah bt. Abu Bakar
Potfolio 5S

  1. Muhd Ramzam b. Abu Hassan
  2. Nik Mohd Haikal b. Mohamad Hassan
  3. Wan Asmalinda bt. Wan Aziz
Penyelaras Pejabat

  1. Muhammad Saiful Adli b. Fouzi
  2. Halimatul Sa’diah bt. Talib
  3. Muhammad Aqif Asyraaf b. Abdullah
Potfolio Kualiti

  1. Nurul Izzah bt. Ab. Rahim
  2. Nor Shaufina bt. Md. Jaafar
  3. Rosnani bt. Ahmad
  4. Norliana bt. Ahmad
Potfolio Aset

  1. Azman b. Md. Salleh
Penyelaras BMB

  1. Mohd Salim b. Abd. Rashid
Penyelaras Pameran, Lawatan & Buletin

  1. Farha bt. Mohd Fadzli
Penyelia Makmal & Bengkel

  1. Azmin b. Abit
  2. Mohd Razuan b. Mohamed Sari
  3. Azli b. Omar
  4. Mohd Naim b. Marzuki
  5. Noraini bt. Abd. Aziz
  6. Ahmad Taufiq Wafi b. Abd. Ghani
  7. Ahmad Huzairi b. Baharuddin
  8. Mohd Azli b. Kasan
  9. Ahmad Amin b. Abd. Rahman
  10. Rafis Suizwan b. Ismail@Hussain
  11. Busu b. Sulong
  12. Mohd Norulhisham b. Abd. Rashid
  13. Masliana bt. Idris
  14. Razali b. Malik
  15. Cik Anuar b. Mohd Yunus
  16. Mohd Ridhuan b. Ismail
Ketua Zon 5S

  1. Muslim b. Mamat
  2. Vimala a/p Ramesh
  3. Mohd Asri b. Mat Yasin
  4. Mohd Azman b. Awang
  5. Mohd Syukri b. Hj Mahmud
  6. Alim b. Mohamad

Monday 11 July 2011

Tahniah:O) 3.5 ke atas Sesi Disember 2010 yang lalu

Semoga anda semua menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berjaya



BIL
NAMA
KELAS SEMASA
PNM
HPNM
1
MUHAMMAD IKHWAN HAKIM B. MOHD YUSOF
DKM1A
3.50
3.50
2
NOR HANISAH BINTI ABDUL RAUB
DKM1A
3.56
3.56
3
MOHAMAD KHAIRUL HAFIZ BIN AHMAD                                                                     
DKM6B
3.77
3.69
4
MUHAMAD NOR FIRDAUS BIN MAT HASAN                                                                   
DKM6B
3.80
3.50
5
SYAHRIL BIN ABDUL RAZAK                                                                             
DKM6B
3.62
3.74
6
AHMAD RAJAIE BIN AB JABAR                                                                           
DKM6A
3.50
3.65
7
MUHAMMAD SAHRUL ABDULLAH BIN SAMAT
DAD1
3.53
3.53
8
NOR'REHAN BT MUSA
DKM2A
3.54
3.58
9
MOHAMAD RAZALI BIN ADAM
DKM2A
3.50
3.60
10
AZRUL FAIZUL BIN JAMION
DKM2A
3.74
3.78
11
VENUTHAN A/L SURENDARAN
DKM2D
3.63
3.59
12
MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD AZMAN                                                                      
DKM6B
3.72
3.63
13
MOHD ISA HUSSIN
DKM3S
3.62
3.77
14
MOHD AMIN BIN MAT SAID                                                                              
DKM6B
3.54
3.52
15
NOOR ZAKIAH BT MD ZAID                                                                              
DKM6I
3.72
3.57
16
SANDRU A/L RAMADAS
DKM2D
3.52
3.59
17
THARUMANRAJ A/L NADARAJA
DKM2D
3.54
3.53
18
MOHAMAD JAMALUDIN B SUHAIMI
DKM2B
3.50
3.59
19
MUHAMMAD ZULFAQQARUDDIN BIN ZAMRI
DKM2C
3.63
3.58
20
ASMIRA FARHANA BT AMINUDDEN                                                                         
DKM3A
3.68
3.57
21
SHAHRUL AIDI BIN MOHAMAD KAMAL                                                                      
DKM3B
3.62
3.69
22
YIU POH HWEY
DKM3C
3.59
3.55
23
MOHD REEZA KAZMI BIN ABU BAKAR                                                                      
DKM5A
3.56
3.51
24
MUHAMMAD FAISAL BIN MOHAMAD ISA                                                                     
DKM5A
3.74
3.53
25
NURHIDAYATI BT MAHASAN                                                                              
DKM5A
3.64
3.55
26
ZULHELMY BIN ZINIL ABEDEN
DKM5I
3.51
3.51