Litar Lumba Pulau Dato’ Sagor, Kg. Gajah,
Perak (29-30 November & 1 Disember 2013)
Litar Lumba Maktab Teknik PDRM, Bakri,
Muar, Johor (27-29 Disember 2013)
Educational Innovation of
Motorsports & Automotive Race 2013
(EIMARace 2013) adalah satu program Inter-Institutional
yang terbuka kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Antarabangsa,
Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kolej, Politeknik dan Institut Teknikal yang
mengetengahkan konsep pembelajaran menerusi sukan permotoran. EIMARace adalah platform untuk para pelajar
mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari seterusnya menambahbaik
kemahiran mereka untuk dipraktikkan ke sektor automotif sebenar.
Dengan
menyertai program ini, para pelajar dikehendaki membangunkan prototaip kereta
lumba daripada ground base. Ini
memberikan cabaran kepada para pelajar dari aspek fizik, aerodinamik,
rekabentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, penajaan, pemasaran, kepimpinan,
kerja berkumpulan, kemahiran media, strategi kewangan, implementasi secara
pratikal, imaginatif dan persaingan secara sihat selain daripada objektif utama
program iaitu pendedahan kepada sukan permotoran.
Setelah
tahun ke 5 penganjurannya, pada tahun 2013, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kejituan, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM
Kuala Lumpur sebagai penganjur telah mendapat tajaan yang terbesar daripada
syarikat-syarikat korporat dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah
RM40,000. Pihak penganjur juga telah memperkenalkan satu lagi kategori baru
iaitu kategori SS 250 disamping kategori SS131 yang sedia ada dikekalkan.
Terlakar juga dalam sejarah penganjurannya, perlumbaan diadakan sebanyak 4 siri
dan jumlah penyertaan mencecah 35
pasukan. Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan.
Foto
1: Pasukan AUTOSHAS APPLE TEAM
Foto
2: Jentera AUTOSHAS APPLE
Foto
3: Kedudukan jentera AUTOSHAS APPLE di petak mula
Foto 4: Pemeriksaan
semula spesifikasi setelah menamatkan perlumbaan di tempat ke-3
Jadual 1: Pasukan-pasukan
yang menyertai program EIMARace 2013
Foto 5 & 6: Pemandu dan pengurus Pasukan AUTOSHAS APPLE
TEAM menaiki podium untuk menerima hadiah kemenangan di tempat ke-3 dan
diraikan oleh technical advisor dan crew
Penyertaan
pasukan POLISAS ke program tersebut menerusi kategori SS131 diwakili oleh
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bermula pada tahun 2011 sebagai
penyertaan. Pada tahun 2012 pasukan POLISAS tidak menghantar penyertaan
berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh pasukan. Pada tahun 2013,
penyertaan semula telah dihantar oleh pasukan POLISAS dengan dibarisi oleh technical advisor dan crew yang baru. Kali ini, persaingan
yang diberikan cukup sengit dengan prestasi jentera yang cukup luar biasa.
Pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan nama AUTOSHAS APPLE TEAM kini semakin
digeruni dan lebih dihormati oleh pasukan lawan berikutan keupayaan pasukan
POLISAS yang berjaya memecah tradisi kemenangan podium yang selama ini
dipelopori oleh pasukan dari Institusi Pendidikan Mara iaitu Institut Kemahiran
Mara (IKM) dan Giat Mara. Berikut adalah keputusan perlumbaan.
EIMARace 2013 –Keputusan SS 131
Pusingan 1
Litar Lumba Pulau Dato’ Sagor, Kg. Gajah, Perak
Race 1 1st - 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB 2nd - 9 GMG Northern Team 3rd - 8 IKMAL RACING TEAM
.... - ……………………………………..
7th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..
Race 2 1st - 8 IKMAL RACING TEAM 2nd - 9 GMG Northern Team 3rd - 1 PAGOH RACING TEAM – A
.... - ……………………………………..
12th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..
EIMARace 2013 –Keputusan SS 131 Pusingan 2
Litar Lumba Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, Johor
Race 1
1st - 8 IKMAL RACING TEAM 2nd – 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB 3rd - 9 GMG Northern Team
4th - 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
.... - ……………………………………..
Race 2 1st - 8 IKMAL RACING TEAM 2nd - 14 EQUAL MOTORSPORT B IKM JB 3rd – 21 AUTOSHAS APPLE TEAM
4th - 9 GMG Northern Team
.... - ……………………………………..
.... - ……………………………………..
|
|||
No comments:
Post a Comment