KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PENDAHULUAN
Kumpulan
Inovatif Dan Kreatif (KIK) atau Innovative And Creative Circle (ICC) bolehlah didefinisikan
sebagai satu kumpulan kecil (team) yang
ditubuhkan oleh pekerja dari tempat yang sama berkumpul secara sukarela untuk
mengenalpasti masalah, menganalisa dan seterusnya menggunakan kreativiti mereka
untuk mencadangkan penyelesaian yang inovatif terhadap masalah tersebut.
Satu Kursus KIK telah dilaksanakan di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal (JKM), POLISAS di mana ianya merupakan satu langkah
permulaan bagi staf JKM mengenal KIK dan seterusnya membina team KIK di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
POLISAS. Seramai
45 orang staf JKM telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Potfolio
Penyelidikan Dan Inovasi JKM bersama ULPL JKM. Butiran mengenai Kursus KIK
tersebut adalah seperti berikut :
Tajuk :
"Amalan dan Perlaksanaan KIK di Industri"
Penceramah : En. Abd Wahab Bin Jaafar,
QM Department, Volkswagen Operation,
HICOM Automotive Manufacturer (M) Sdn. Bhd.,
Pekan, Pahang
Darul Makmur.
Tarikh :
18 Januari 2013, Hari Jumaat
Masa : 2.45 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik
Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS
OBJEKTIF
Matlamat kursus / Program pengisian tersebut
adalah seperti berikut :
i. Memberi
pendedahan kepada staf JKM berkenaan apa itu KIK.
ii. Membuka
minda staf betapa pentingnya KIK untuk jabatan.
iii. Sebagai motivasi kepada staf
agar lebih proaktif dalam menghasilkan
inovasi.
iv. Sebagai permulaan
hubungan industri - JKM POLISAS dan kolabrasi
perkongsian
ilmu.
KESIMPULAN
Selain dari yang dinyatakan dalam objektif
Kursus KIK, adalah diharapkan semoga segala
pengetahuan dan ilmu yang diperolehi dari kursus berkenaan dapat
digunakan dalam meningkatkan motivasi staf
JKM melalui pengurusan secara penyertaan dalam kumpulan yang boleh bergerak secara
aktif. Selain itu semua staf juga boleh mempromosikan budaya perkongsian
pengetahuan, pemikiran kreatif dan inovasi bagi ciptaan nilai.
KIK boleh dikatakan
sebagai jentera perhubungan yang berkesan atau sebagai platform untuk merealisasikan bakat, dapat meningkatkan
produktiviti, kualiti dan melahirkan ciptaan baru. Yang demikian, Kursus KIK
seterusnya amatlah diperlukan untuk membimbing staf JKM dan juga semua staf POLISAS
untuk meneruskan usaha KIK ini supaya lebih berjaya dan cemerlang di masa akan
datang.
Disediakan oleh :
MISKIAH BINTI WAKIJAN
JAWATANKUASA PENYELARAS KIK
POTFOLIO PENYELIDIKAN DAN INOVASI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, POLISAS
Online Casino Site - Lucky Club
ReplyDeleteBet online with all the luckyclub latest promotions from a trusted online casino operator. Lucky Club offers you the chance to become a millionaire.Casino · Promotions · Gaming