Assalamualaikum
Pelajar dari JKM yang mengambil kursus PB201 telah menyertai Bengkel Road to Become A Succesful Technopreneur anjuran Unit Keusahawanan POLISAS
Bidang keusahawanan adalah merupakan bidang yang penting
dalam institusi pendidikan terutama kepada pelajar di institusi pendidikan
tinggi. Kursus Keusahawanan (PB 201) merupakan antara kursus yang ditawarkan kepada
semua pelajar politeknik. Bagi meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang
keusahawanan, program pembudayaan keusahawanan dijalankan di semua politeknik,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini dijalankan dalam dua Fasa. Fasa pertama telah
pun berjalan pada 16 Oktober yang lalu iaitu seramai 800 orang pelajar semester
satu telah menjalani program yang berbentuk ceramah keusahawanan yang
bertemakan “ Ke arah Melahirkan Usahawan Muda Yang Berjaya.
Untuk fasa kedua ini pula, program ini tertumpu kepada
pelajar semester akhir di mana tema pada kali ini pula ialah “Road to be a
techno-preneur”. Selain dari pengetahuan
asas dalam keusahawanan, peserta program ini juga akan didedahkan dengan
maklumat terkini mengenai peluang perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang boleh
menjana pendapatan apabila mereka tamat belajar
nanti. Begitu juga, pelajar akan
dapat mewujudkan jaringan/networking di kalangan mereka.
No comments:
Post a Comment