Assalamualaikum,
Wednesday, 20 November 2013
Sunday, 3 November 2013
Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013
Assalamualaikum,
PENDAHULUAN
1.1 Nama Aktiviti :
Girl’s Outing JKM - Sukarelawan Expo Buku Pahang 2013
1.2 Tarikh : 27 September 2013 hingga 6 Oktober
2013
1.3 Kursus Yang
Berkaitan : AS101 Softskills , PB201 Entrepreneurship
1.4 Pihak Industri : Sinergy Ilmu Resources dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Pahang.
1.5 Bilangan Pelajar
: 21 orang pelajar, 13 orang pensyarah
MATLAMAT & OBJEKTIF
2.1
Mendedahkan pelajar kepada Program Corporate Social Responsibility (CSR)
2.2
Menyumbangkan tenaga kerja di sebalik tabir program di luar kampus
2.3
Memupuk semangat dan budaya keusahawan di kalangan pelajar
2.4
Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli berpasukan
TENTATIF PROGRAM
Ekspo Buku Islam 8
(EBI) anjuran Sinergi Ilmu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang pada:
Tarikh : 27 September
Hingga 6 Oktober 2013
Tempat : Kuantan
Parade, Pahang
Masa : 10.00 a.m -
10.00 p.m
HASIL DAPATAN SEMINAR/IMPAK
Program ini telah berjaya meningkatkan kemahiran softskills dan
komunkasi pelajar dan pensyarah yang bertugas. Kami telah dipertanggungjawabkan
untuk mengurus beberapa acara bersama tokoh, penulis buku dan peserta booth
pameran buku. Kami juga belajar untuk menerima arahan daripada pihak urusetia
untuk memastikan perjalanan program berlangsung dengan sempurna.
Saturday, 2 November 2013
Friday, 1 November 2013
DME Carnival Oktober 2013
Assalamualaikum
Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal (JKM) POLISAS akan menganjurkan DME
Carnival yang merupakan kesinambungan kepada penganjuran Yeis. Program ini dirangka selaras dengan Misi dan
Visi POLISAS iaitu menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan
teknokrat separa profesional.
Karnival ini masih
mengekalkan lima komponen utama iaitu inovasi, keusahawan, keselamatan dan
kesihatan pekerjaan serta pembentangan projek akhir. Selain itu terdapat
tambahan aktiviti yang melibatkan pertandingan dikalangan pelajar iaitu
Computer Aided Design dan E- Micro Content Contest (emc2).
Aktiviti-aktiviti tersebut dirancang bagi memberikan pengalaman sekaligus
meningkatkan kemahiran insaniah pelajar JKM.
Adalah
diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi menyokong usaha Politeknik
dan Kementerian Pengajian Tinggi KPT bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan
dalam semua bidang. Program seumpama ini
juga diharapkan dapat melahirkan teknokrat yang berbakat dan berpotensi untuk bersaing
di persada global sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar POLISAS selepas
bergraduat.
Deteran Gerai Usahawan Pelajar PB201 dan Peniaga Luar
Pertandingan Autodesk Inventor
Bengkel Inovasi Semester 5 dan 6 Siri II
Ceramah OSHA untuk Pelajar Semester 2
Pameran & Perjurian Projek Pelajar Akhir Sesi Dis 2013
Pameran & Perjurian Poster Inovasi Semester 5
Pertandingan eMCC
Pertandingan Business Plan
Subscribe to:
Posts (Atom)