Friday, 1 November 2013

DME Carnival Oktober 2013

Assalamualaikum
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) POLISAS akan menganjurkan DME Carnival yang merupakan kesinambungan kepada penganjuran Yeis.  Program ini dirangka selaras dengan Misi dan Visi POLISAS iaitu menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknokrat separa profesional.


Karnival ini masih mengekalkan lima komponen utama iaitu inovasi, keusahawan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pembentangan projek akhir. Selain itu terdapat tambahan aktiviti yang melibatkan pertandingan dikalangan pelajar iaitu Computer Aided Design dan E- Micro Content Contest (emc2). Aktiviti-aktiviti tersebut dirancang bagi memberikan pengalaman sekaligus meningkatkan kemahiran insaniah pelajar JKM. 

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi menyokong usaha Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi KPT bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang.  Program seumpama ini juga diharapkan dapat melahirkan teknokrat yang berbakat dan berpotensi untuk bersaing di persada global sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar POLISAS selepas bergraduat.





Deteran Gerai Usahawan Pelajar PB201 dan Peniaga Luar





Pertandingan Autodesk Inventor






Bengkel Inovasi Semester 5 dan 6 Siri II





Ceramah OSHA untuk Pelajar Semester 2








Pameran & Perjurian Projek Pelajar Akhir Sesi Dis 2013





Pameran & Perjurian Poster Inovasi Semester 5

 Pertandingan eMCC
Pertandingan Business Plan

No comments:

Post a Comment