Monday 21 January 2013

Perjumpaan Pelajar Senior dan Junior sesi Disember 2012


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pihak jabatan sedang menjalankan satu kajian maklumbalas bagi kursus untuk program DAD & DKM bermula 14 Jan - 16 Jan 2013. 

Sehubungan dengan itu, pihak urusetia kajian memohon kepada semua PA/pensyarah kursus bagi memastikan pelajar menjawab secara online dengan melayari domin ini http://tinyurl.com/ayeb2ev

 Memandangkan pihak urusetia memerlukan 100% data kajian bagi tujuan MQA, maka bagi mana-mana kelas yang terawal dan mencukupi bilangan pelajar (data pendaftaran) untuk menjawab akan diberikan hamper khas (terhad kepada 3 kelas terawal).

Satu perjumpaan bagi semua pelajar senior dan junior akan dijalankan pada 17 Jan 2013 jam 4.30 petang bertempat Dewan Ko-Kurikulum Kampus B kehadiran adalah wajib, program akan dijalankan dengan kerjasama Kelab Mechy. 


Urusetia Kajian : Pn Farha (master url survey), En Safian & En Azli Omar (analisa data), Ketua Jabatan & Ketua Program, Kelab Mechy, En Azli Kasan & En Ahmad Zaifazlin.


Yang benar :
Mohd Khaspi Kosnin
Penyelaras Kajian Program JKM 2013



No comments:

Post a Comment