Salam & Selamat Sejahtera,
Pada 16 Januari 2013 telah diadakan satu Bengkel 'Refreshment on MQA and OBE'. Seramai 40 orang staf JKM yang tidak terlibat dengan kuliah telah menyertai bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan terhadap perlaksanaan MQA dan OBE di peringkat Politeknik, POLISAS dan Jabatan. Penceramah kali ini adalah Pn Hjh Norbaya Mhd Simin, Master Trainer MQA dan OBE peringkat politeknik.
Antara yang ditekankan adalah keperluan MQA dalam pendidikan, akreditasi, dan tanggungjawab warga jabatan terhadap OBE.
untuk pembacaan yang lebih lanjut , semua pensyarah dan pelajar digalakkan untuk melayari laman web :
Tahukah anda :
9 DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
9 LEARNING DOMAIN
1. Pengetahuan;
2. Kemahiran praktikal;
3. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
4. Nilai, sikap dan profesionalisme;
5. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
6. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
7. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat;
8. Kemahiran mengurus dan keusahawanan
9. Kebolehpasaran
pelajar yang dikasihi boleh merujuk sepenuhnya Buku Panduan Pelajar JKM yang diedarkan :)
semoga kita terus cemerlang
No comments:
Post a Comment