Sunday, 17 July 2011

Saya Bekas Pelajar JKM POLISAS : AHMAD AZIRUN AB RAHMAN

Assalamualaikum warga POLISAS, ucapan terima kasih kepada Puan Farha yang sudi memberi peluang dan ruang kpd saya untuk berkongsi cerita dan kenangan bersama POLISAS.

AHMAD AZIRUN AB RAHMAN, 02DKM03F502, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.....perasaan saya ketika melihat surat tawaran kemasukkan sesi Disember 2003 sangat sukar untuk ditafsirkan, gembira, terkejut, ragu2...meruap menjadi satu...pahang ?jauh nya.....

Saya hadir dalam keluarga yang sederhana, mempunyai 8orang adik beradik hasil perkongsian hidup Ab Rahman Karim dan juga Hamidah Mat Saman, untuk ke Pahang saya agak mustahil kerana faktor jarak dan juga kewangan pada ketika itu, transport juga menjadi salah satu isu yang mana kesemua faktor tersebut membuatkan saya memutuskan satu kesimpulan yang saya kira terbaik buat kami sekeluarga...saya TOLAK tawaran tersebut....

Hari pendaftaran semakin dekat, suatu pagi ayah bersuara "kita sewa kereta, ambil kancil pn cukup lah".jadi bersama kancil, kami berlima(ayah, mak, abang, kakak dan saya) bertolak dari Tumpat ke Semambu dengan satu harapan....DIPLOMA.

Hari pendaftaran sangat mengujakan, suasana hiruk pikuk dalam dewan makmur suka untuk ditafsirkan, saya ditempatkan di DKM1 bersama dengan Dya, Pejoi, Apih, Baihaki, Linda, Rehan, Shaza, Azrul, Sham, Ghazali, Bukhori...(sekadar menyebut beberapa nama) dan diletakkan dibawah jagaan Puan Halimah dan En Azman.



Banyak kenangan manis ketika bergelar seorang pelajar, hari hari yang dilalui terasa sangat mendamaikan. Tugasan, Kuiz, Ujian dan Final Exam terasa menyesakkan tapi nikmat nya bila berjaya menghadapi segala macam bentuk soalan, terasa satu kepuasan yang menebal dalam jiwa bila soalan-soalan yang diajukan dapat diluahkan melalui tinta pena....jadi, habuan nya...setiap awal semester, pentas dewan makmur menjadi saksi penganugerahan "Anugerah Ketua Jabatan".


Untuk berjaya tak susah sebenarnya, tumpukan perhatian pada proses pembelajaran seterusnya aplikasikan apa input yang diperolehi...dalam ertikata lain, pembelajaran tidak hanya terhenti dalam kelas sahaja, perlu ada kesinambungan walaupun sedikit tapi berterusan....seterusnya tawakal kpd Allah Maha Pencipta kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, senantiasa berdoa mohon keberkatan dan keredhaan.

Semester 5 keputusan agak teruk jatuh, mungkin kenakalan jiwa remaja atau subjek yang ditawarkan terlalu tough..alasan boleh dicipta...tanpa tindakan ia tak membawa kemajuan. jadi semester 6, percaturan perlu tepat...Alhamdulillah, keputusan semester 6 sangat memberangsangkan. lagipun semester akhir dibantu dengan subjek2 kegemaran, kajidaya mesin, kajidaya bahan dan juga termodinamik....memang menarik.

Atas berkat usaha dan sabar, saya kini salah seorang teknokrat sebuah firma perunding mekanikal dan elektrikal. Memegang kata-kata genggam bara api biar sampai jadi abu membuat kan saya tidak mahu mengaku kalah sebelum berjuang. cuma pesan saya pada adik2 POLISAS, terus lah belajar dan belajar kerana peluang anda telah menanti anda disana...berlarilah merebut peluang itu kerana peluang itu tersangat indah itu digapai.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Rospi, En Nik Ariman, En Sapian, En Khaspi, En Wahab, En Sattar, En Baha, En Rosli, En Awang Nawang, Pn Halimah, Pn Farha, Pn Maskiah, Pn Haslinda, Pn Norida, Pn Mazilah, Pn Aida(sekadar menyebut beberapa nama) dan seluruh Warga Pendidik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan POLISAS. terima kasih kerana mendidik
kami...


(beliau telah menyambung Ijazah Sarjana Muda di UTHM, Batu Pahat selepas tamat di POLISAS)

Terima kasih

No comments:

Post a Comment