Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan pada pensyarah-pensyarah POLISAS dan rakan-rakan sekalian.Saya Amirul Shaifullah bin Shaharuddin,bekas pelajar POLISAS 2005 sehingga 2008,jurusan diploma kejuruteraan mekanikal,anak pertama dari tiga orang beradik.Sekarang masih menuntut di Royal Melbourne Institute Of Technology University (RMIT),Melbourne Australia dalam jurusan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal tahun ketiga.Alhamdulillah dengan izin Allah,saya masih lagi berhubung dengan warga-warga POLISAS ,terutamanya para pensyarah walaupun sudah tiga tahun saya meninggalkan POLISAS yang tercinta ini,terima kasih juga saya ucapakan pada Puan Farha yang member isaya peluang dan ruang untuk menulis dan berkongsi pengalaman bersama-sama sahabat –sahabat sekalian.
Sahabat-sahabat sekalian bertapa saya berasa beruntungnya diri saya menjadi sebahagian warga POLISAS.Di sini lah tempat saya menimba ilmu,mengenali erti sahabat,belajar erti kehidupan dan sebagainya.Pengalaman kali pertama mendaftar sebagai pelajar POLISAS masih segar lagi dalam ingatan saya,ketika kali pertama saya mengenal sahabat baik saya sehinggalah saya di letakkkan di bawah penasihat akedemik saya iaitu Encik Rospi. Jika sahabat-sahabat sekalian bertanyakan siapakah pensyarah-pensyarah saya semenjak saya dari semester satu sehingga enam,nama-nama mereka masih lagi segar dalam ingatan saya.walaupun sudah tiga tahun berlalu tetapi saya masih lagi ingat kelas saya iaitu DKM A,dan nombor pelajar saya 02dkm05F034.
Politeknik-politeknik Malaysia terutamanya POLISAS,bagi pendapat saya menyediakan kemudahan belajar dan pembelajaran yang setanding dengan institusi-institusi awam yang lain.Yang membezakan kita dengan pelajar-pelajar institusi-institusi awam yang lain adalah sikap kita sendiri bukannya institusi kita.Ketekunan,kerajinan,tidak berputus asa,bercita-cita tinggi,daya saing yang tinggi itu adalah sikap yang perlu ada pada diri kita.Kita seharusnya berbangga dengan Politeknik kita,berbanding dengan institusi awam yang lain kita didedahkan kepada praktikal,seingat saya,ketika kita semester satu kita sudah didedahkan dengan penggunaan mesin larik,kimpalan dan sebagainya.Seharusnya kita menjadikan praktikal itu sebagai asset kita,kerana kita bukan sahaja mahir dari sudut akedemik malah praktikalnya juga.
Sepanjang tiga tahun saya menjadi warga POLISAS,banyak pengalaman yang saya lalui daripada layak mendapat anugerah ketua jabatan sehingga tidak layak untuk mendapat anugerah ketua jabatan dan pengarah,dimarahi pensyarah,bergaduh dengan JPP dan penasihatnya,bergaduh sesama kamsis dan sebagainya.Bagi saya kita haruslah menjadi seorang yang positif kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.jadikan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan pengalaman kita dan belajarlah untuk saling memaafkan dan mengakui kelemahan diri kerana dengan itu kita pasti akan lebih berjaya.InsyaAllah.satu lagi pesanan saya,selain daripada sibuk dengan aktiviti akedemik sahabat juga harus bergiat aktif dalam kokurikulum seperti kamsis,JPP,persatuan sukan dan sebagainya kerana disitulah proses personality kita akan dibentuk selain daripada belajar sesuatu yang baru.
Jika sahabat-sahabat sekalian bertanyakan saya apakah tips belajar yang betul atau berkesan?saya tiada jawapan yang tepat kerana bagi saya setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza,mungkin ada yang gemar menulis nota,membaca sahaja dan menghafal,membuat latihan dan sebagainya,Tetapi apa yang saya boleh kongsikan disini ialah garis panduan yang saya amalkan ,belajar berterusan jangan amalkan kerja “last minutes”, mencari nota atau rujukan luar contohnya jika sahabat –sahabat belajar “electrical technology 1 and 2 ” selain daripada nota yang diberi oleh pensyarah rujukan juga boleh dibuat dengan menggunakan buku “Electric technology by John Bird” dengan ini sahabat akan mendapat kefahaman dan gambaran yang lebih mendalam, bertanya dan berbincang bersama pensyarah dan kawan-kawan dan jangan mengamalkan kerja “tangkap muat” dan meniru.Dan paling penting sekali bagi mereka yang beragama islam pastikan hubungan dengan Allah kuat,jaga solat,jaukan perkara-perkara haram dan tanamkan dalam diri sifat tawakkal. Berkenaan dengan subjek bagi saya subjek dalam kejuruteraan mekanikal semuanya amat menyeronokan walupun tak dinafikan ianya agak payah dan susah.Tetapi subjek kegemaran saya adalah “thermodynamic,fluid mechanic and solid mechanic” mungkin kerana pensyarahnya dan kaedah pembelajaran yang menyeronokan.
Sahabat-sahabat sekalian,perjalanan saya masih jauh.Saya masih tidak layak untuk menasihati sahabat-sahabat .Apa yang saya lakukan ini adalah sekadar berkongsi pengalaman saya dengan sahabat sekalian.Sudah banyak yang POLISAS dan warga-warga pensyarah lakukan sehingga saya boleh berada ditempat saya sekarang.Saya berharap penulisan saya yang tidak seberapa ini dapat dikongsikan dengan sahabat dan warga POLISAS sekalian. “Allah tidak akan mengubah nasib seusatu kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri” .untuk sampai ke tahap ini banyak yang telah saya korbankan,masa ,duit dan sebagainya.Ia bukan lah perkara yang mudah ,sahabat kena mendidik diri sahabat untuk bercita-cita tinggi,daya saing yang tinggi,berani kerana kehidupan disini jauh berbeza dengan kehidpuan saya di Malaysia dulu.Di sini semua bergerak pantas,tiada siapa yang hendak membantu,persaingan yang tinggi dan sengit,pembelajaran yang sangat berdikari.Jika tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi kita pasti gagal. Ahamdulillah dengan izin dan rahmat Allah saya masih lagi diberikan rezeki untuk berada disini.Saya berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang banyak mendidik dan mengajar saya.saya mendokan,ada sahabat-sahabat lain terutamanya warga POLISAS yang melanjutkan pengajian ke luar Negara. Insyaallah sehingga berjumpa lagi yang mana baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri saya,akhir kata terima kasih saya ucapkan dan saya bangga kerana saya adalah produk POLISAS.
(terima kasih , tulisan anda amat dihargai)
Kejuruteraan Mekanikal - Memohon untuk Pekerjaan Kejuruteraan, kekosongan Kejuruteraan, Pekerjaan Kejuruteraan Elektrik, kejuruteraan awam dari seluruh Malaysia dan mendaftar CV anda pada Monster Malaysia untuk ditemui oleh majikan dan agensi-agensi yang mencari jurutera seperti anda.
ReplyDelete