Tuesday, 22 January 2013

Program Kebolehpasaran (Profiling Test) Semester 1 dan 2 Sesi Disember 2012

Salam & Selamat Sejahtera,

Unit Psikologi & Kerjaya  POLISAS serta CISEC  POLISAS telah mengadakan program Profiling Test pada 15 Januari 2013 yang lalu. Pelajar telah mengikuti sesi Program Profiling Test adalah seramai 412 orang. Terima kasih diucapkan kepada semua Penasihat Akademik dan pelajar di atas keprihatinan semua. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini.


disediakan oleh,
farha
penyelaras psikologi jkm

Program Khidmat Masyarakat & Lawatan Ke Muzium Sg Lembing , Kuantan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 19 Januari 2013, 40 orang pelajar Kelab Mechy telah menyertai Program Khidmat Masyarakat di Masjid dan KAFA Kg Padang, Kuantan, Pahang. Selepas itu, pelajar dibawa melawat Muzium Sg Lembing sebagai aktiviti riadah. Program ini telah dianjurkan oleh pensyarah dan pelajar daripada Kelab Mechy bersama-sama dengan AJK Masjid Kg Padang dan KAFA. Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat meningkatkan jatidiri dan tanggungjawab pelajar kepada masyarakat.

sekitar gotong royong menceriakan kawasan masjid dan KAFA

 lawatan riadah pelajar ke Muzium Sg Lembing

laporan : farha , azli kasan , khaspi kosnin
gambar : AJK Kelab Mechy




Monday, 21 January 2013

Mesyuarat Puspanita Peringkat KPT

Salam & Selamat Sejahtera,


Seramai 35 orang wakil staf POLISAS menyertai MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-9 TAHUN 2013 PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI yang telah diadakan pada 18 Januari 2013 di Dewan Zaba, KTPM di Putrajaya. JKM telah menghantar 7 orang wakil staf untuk menghadiri program ini. 

Selepas mesyuarat, rombongan telah membuat lawatan menziarahi staf JKE, Pn Rahinah yang sakit. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.


Perjumpaan Pelajar Senior dan Junior sesi Disember 2012


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pihak jabatan sedang menjalankan satu kajian maklumbalas bagi kursus untuk program DAD & DKM bermula 14 Jan - 16 Jan 2013. 

Sehubungan dengan itu, pihak urusetia kajian memohon kepada semua PA/pensyarah kursus bagi memastikan pelajar menjawab secara online dengan melayari domin ini http://tinyurl.com/ayeb2ev. 

 Memandangkan pihak urusetia memerlukan 100% data kajian bagi tujuan MQA, maka bagi mana-mana kelas yang terawal dan mencukupi bilangan pelajar (data pendaftaran) untuk menjawab akan diberikan hamper khas (terhad kepada 3 kelas terawal).

Satu perjumpaan bagi semua pelajar senior dan junior akan dijalankan pada 17 Jan 2013 jam 4.30 petang bertempat Dewan Ko-Kurikulum Kampus B kehadiran adalah wajib, program akan dijalankan dengan kerjasama Kelab Mechy. 


Urusetia Kajian : Pn Farha (master url survey), En Safian & En Azli Omar (analisa data), Ketua Jabatan & Ketua Program, Kelab Mechy, En Azli Kasan & En Ahmad Zaifazlin.


Yang benar :
Mohd Khaspi Kosnin
Penyelaras Kajian Program JKM 2013



Laporan Aktiviti Pelajar Januari 2013


Salam dan Selamat Sejahtera,

Laporan aktiviti DME / JKM bulan Januari 2013 :

Seminar Celik Usahawan
Semua pelajar yang mengambil kursus PB201 Entrepreneurship telah menghadiri Seminar Celik Usahawan yang telah diadakan di Dewan Seminar Ko Kurikulum pada 4 Januari 2013. Seminar ini telah diberikan oleh Tn Hj Zulkifli Ibrahim. Seramai lebih kurang 190 pelajar DKM dan DAD telah hadir mengikuti seminar.

 Profiling Test
Semua pelajar semester 1 dan semester 2 telah terlibat dalam program Profiling Test di bawah Program Kebolehpasaran pada 15 Januari 2013 yang lalu. Kehadiran pelajar adalah amat memberansangkan. Terima kasih di atas kerjasama semua.

 laporan oleh,
Farha

jurugambar : Farha & Azli Kasan

Tuesday, 15 January 2013

Refreshment Workshop on OBE and MQA

Salam & Selamat Sejahtera,

Pada 16 Januari 2013 telah diadakan satu Bengkel 'Refreshment on MQA and OBE'. Seramai 40 orang staf JKM yang tidak terlibat dengan kuliah telah menyertai bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan terhadap perlaksanaan MQA dan OBE di peringkat Politeknik, POLISAS dan Jabatan. Penceramah kali ini adalah Pn Hjh Norbaya Mhd Simin, Master Trainer MQA dan OBE peringkat politeknik.

Antara yang ditekankan adalah keperluan MQA dalam pendidikan, akreditasi, dan tanggungjawab warga jabatan terhadap OBE.

untuk pembacaan yang lebih lanjut , semua pensyarah dan pelajar digalakkan untuk melayari laman web : 
MQA logo

Tahukah anda :


9 DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
9 LEARNING DOMAIN

1. Pengetahuan; 
2. Kemahiran praktikal;
3. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
4. Nilai, sikap dan profesionalisme;
5. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
6. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
7. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat;
8. Kemahiran mengurus dan keusahawanan
9. Kebolehpasaran

pelajar yang dikasihi boleh merujuk sepenuhnya Buku Panduan Pelajar JKM yang diedarkan :)

semoga kita terus cemerlang

Sunday, 13 January 2013

Laporan Aktiviti Staf bulan Januari 2013

Salam dan Selamat Sejahtera,

Kursus Pemantapan Penggunaan ITD dan Inventori Sidek
Seramai 39 orang Penasihat Akademik telah terlibat mengikuti kursus ini pada 8 Januari 2013. Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan buku ITD dan merasai sendiri pengalaman untuk menjawab soalan Inventori Sidek. 


Kursus Pengendalian Mesin Injection Moulding
Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang staf JKM yang telah terpilih. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan trouble shooting mesin Injection Moulding. Kursus ini diadakan di Makmal Pembuatan selama 2 hari pada 10 dan 11 Januari 2013.

disediakan oleh,
farha, nik arieman, azmin

jurugambar : farha




Aktiviti Staf JKM Sesi Jun 2012


Salam & Salam Sejahtera,
Berikut adalah aktiviti staf di JKM pada semester terdahulu,
semoga dapat dimanfaatkan oleh semua

 Seminar Stress Management in Office Working Environment - 16 Jun 2012

DME Staff Volleyball Tournament - 22 Jun 2012

 DME Staff Futsal Tournament - 22 Jun 2012


                                                        DME's Family Day - 9 September 2012


disediakan oleh :
Farha, Nik Arieman, Azmin
Jurugambar : Zulkefli Ibrahim, Syarlina Syazliza, Mohd Nizam



Aktiviti Pelajar Semester Jun 2012 : Laporan Bergambar

Salam dan Selamat Sejahtera,
berikut adalah kenangan aktiviti yang dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
sepanjang bulan Jun hingga November 2012
diharapkan aktiviti sebegini dapat mengeratkan uhkuwah dan persahabatan kita
semoga kemanisan berada di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLISAS
akan diingati sentiasa :)

Program Gotong Royong Bubur Lambuk Pelajar SoftSkill - 11 Ogos 2012


Majlis Penyerahan Zakat & Buka Puasa - 13 Ogos 2012

                                             Jamuan Kesyukuran JKM 2012 - 18 Oktober 2012

 Seminar Inovasi Pelajar - 19 September 2012

 Pertandingan Rekabentuk Menggunakan Perisian Inventor - 9 November 2012

 Pembentangan Projek Akhir - 5 November 2012

 Majlis Makan Malam Semester Akhir - 8 November 2012

disediakan oleh :
Farha, Nik Arieman, Azmin
Jurugambar : Farha, Syarlina Syazliza, Azli Kasan, AJK Kelab Mechy

Wednesday, 25 July 2012

Rentetan Aktiviti JKM POLISAS dari MAC - JUN 2012


Girl Outing
Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai gejala sosial yang melibatkan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita. Masalah ini timbul disebabkan oleh kekurangan jati diri yang utuh dari segi perkembangan emosi dan didikan agama sejak dari kecil. Oleh yang demikian, demi memikul rasa tanggungjawab pada 8 Mac 2012, Kelab Mechy dan Portfolio Psikologi dan Kerjaya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program “Girl Outing” untuk pelajar wanita JKM. Program ini telah diadakan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Objektif program ini adalah melahirkan siswi mempunyai maruah diri yang teguh, melahirkan siswi yang cemerlang sahsiah dan akademik, melahirkan siswi yang cekal dan berdikari, untuk memupuk semangat kerjasama, untuk memupuk semangat kerjasama diantara senior dan junior dan melatih pelajar untuk menghadapi segala cabaran dan mengatasi stress. Semua 80 pelajar perempuan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 21 orang Pensyarah (Fasilitator) terlibat dalam program ini. Pengisian program ini merangkumi aktiviti di dalam kumpulan berbentuk sukaneka, tazkirah dan solat, senamrobik dan pembahagian kumpulan serta koloborasi bersama MPK Kuantan iaitu gotong rotong membersihkan pantai Teluk Chempedak.

Pembentangan Projek Semester Akhir pelajar DKM, DAD dan SKM bagi sesi Disember 2012
Pada 5 April 2012, telah diadakan Pembentangan Projek Semester Akhir pelajar DKM, DAD dan SKM bagi sesi Disember 2012. Pembentangan telah diadakan di Dewan Seri Makmur, POLISAS bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengahari. Seramai lebih kurang 100 orang pelajar dan semua pensyarah terlibat pada hari berkenaan. Projek pelajar akhir telah dipertandingkan bagi memilih 3 projek terbaik semester ini. Panel dilantik untuk menjadi penilai projek terdiri daripada Ketua Jabatan, Pensyarah Kanan dan Ketua Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Projek terbaik telah diberikan hadiah penghargaan pada Malam Karnival JKM.


Lawatan sambil belajar ke UiTM Shah Alam, Selangor
Pada 9 April 2012 yang lalu, 35 orang pelajar semester akhir telah mengikuti Lawatan sambil belajar ke UiTM Shah Alam, Selangor dirangka bagi memenuhi keperluan KPI Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS. Lawatan ini diadakan untuk pelajar semester akhir JKM bagi mendedahkan suasana dan persekitaran universiti. Ia diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Di akhir program ini, peserta telah menjalinkan tanggungjawab sosial dengan melawat pusat pengajian tinggi yang dapat meluaskan pengalaman di luar kuliah  (LD 5) dan  mengamalkan semangat bekerja dalam pasukan untuk menjayakann lawatan sambil belajar  (LD 9). Penganjur lawatan ini adalah Jawatankuasa Buletin dan Lawatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Seramai 5 orang pensyarah menjadi pengiring lawatan iaitu Azli Bin Omar, Syed Mohadzam Shah Syed Badiuzaman, Ilyas Ishak, Ahmad Zaifazlin Bin Zainordin dan Mohd Azizi Omar. Antara tempat yang dilawati adalah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Makmal Termodinamik,  Bengkel Foundri,  Makmal Teknologi Bahan,  Makmal Automotif,  Makmal Radioaktif,  Makmal Robotik dan  Makmal CNC.

Majlis Malam Anugerah Pelajar Jkm Dan Malam Pra Graduan Mekanikal
Pada 13 April 2012, bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam telah diadakan Majlis Malam Anugerah Pelajar Jkm Dan Malam Pra Graduan Mekanikal. Majlis ini diadakan bagi meraikan beberapa acara terdahulu di sepanjang Karnival Mekanikal yang terlangsung.  Majlis ini telah melibatkan semua pensyarah dan semua pelajar JKM. Ia telah dianjurkan oleh Kelab Mechy diketuai oleh En Azli Kasan dan AJK di kalangan ahli Kelab Mechy. Acara yang diraikan pada malam tersebut adalah Malam Pra Graduan iaitu Jamuan Pelajar Semester Akhir, Anugerah Projek Akhir Terbaik, Anugerah ketua jabatan, Anugerah Kepimpinan dan Kecemerlangan Tokoh Pelajar serta Persembahan Terbaik Malam Marnival. Pada malam itu juga, telah diadakan cabutan terbuah dan Pertandingan Best Dress pelajar dan pensyarah. Ketua Jabatan, YM Tg Besaruddin Shah Tg Yaakob telah merasmikan majlis ini serta menyampaikan anugerah-anugerah seperti dinyatakan. Pensyarah dan pelajar telah diraikan dengan hidangan makan malam beserta pencuci mulut.

Perhimpunan Pelajar JKM
Perhimpunan Pelajar JKM telah diadakan pada 18 April 2012 yang lalu. Program telah bermula pada jam 10.00 pagi – 11.30 pagi di Bangunan PH JKM. Tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk saling bertemu di antara pensyarah dengan pelajar JKM. Tentatif program ini adalah Ucapan KJKM, Slot Peperiksaan Oleh En Rospi Mat Husin, Slot Disiplin Oleh En Azman Che Razak, Slot Kaunseling Oleh Pegawai Psikologi Dan Kerjaya Pn Sarina Sabran  (diwakili oleh En Hafizzi ) dan Slot Pegawai Peperiksaan Polisas Oleh En Ahmad Tajudin Mustafa (Taklimat Sem Akhir). Perhimpunan ini adalah kemuncak aktiviti Team Mentor Mentee JKM iaitu Klinik Mentor Mentee yang diadakan pada minggu berkenaan.


Team Mentor Mentee JKM
Pada 18,19 dan 20 April 2012 yang lalu, Team Mentor Mentee JKM telah bekerjasama dengan Portfolio Psikologi dan Kerjaya dan Portfolio Peperiksaan JKM telah menganjurkan Klinik Mentor Mentee. Bagi mengurangkan peratus kegagalan pelajar mengulang kursus pada semester ini, pasukan Mentor Mentee yang prihatin akan cuba untuk membuka Klinik Latih Tubi sepanjang minggu ‘Study Week’ pelajar. Kelas di bangunan akademik pelajar akan dijadikan pusat latih tubi mengikut jadual dan kursus yang akan ditetapkan oleh Unit Peperiksaan. Pendekatan klinik ini adalah diharap dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar bijak dengan pelajar yang lemah. Melalui latih tuli ini, kaedah pendekatan latihan bersama pelajar yang bijak diharapkan akan meningkatkan motivasi pelajar agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan. Manakala pensyarah sebagai mentor akan menguruskan setiap kelas latih tubi seperti melatih mentee, menyediakan set soalan terdahulu serta mengambil kehadiran pelajar yang hadir. Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar yang mengulang modul membuat persediaan menghadapi peperiksaan berbentuk latih tubi, meningkatkan keyakinan diri pelajar agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan dan mengamalkan konsep ‘We Care’ di antara mentor mentee dengan pelajar mengulang modul. Seramai 200 orang pelajar (Carry Module), 40 orang pelajar (Mentee) dan 13 orang Pensyarah JKM dan JMSK (Mentor) terlibat bagi menjayakan program ini.

disediakan oleh,
Portfolio Buletin, Lawatan dan Pameran JKM