Friday, 1 November 2013

Pelancaran DME Carnival Okt 2013

Assalamualaikum

Pelancaran oleh TPSA Tn Hj Che Alias bersama KJKM Minggu Pembentangan Projek Pelajar Semester Akhir Okt 2013







Thursday, 31 October 2013

Cabaran Pemikir Kreatif dan Inovatif UTEM 2013

Assalamualaikum

Tempat ke dua dalam Cabaran Pemikir Kreatif dan Inovatif UTEM 2013.
M sahrul Abdullah samat. Muhammad faiz husni yazit. Mohd izzat abdul rahim. 

Penyelia ahmad ridwan abdullah
Tajuk Projek : S o.s. pump




Monday, 30 September 2013

Road to Become A Succesful Technopreneur

Assalamualaikum

Pelajar dari JKM yang mengambil kursus PB201 telah menyertai Bengkel Road to Become A Succesful Technopreneur anjuran Unit Keusahawanan POLISAS

Bidang keusahawanan adalah merupakan bidang yang penting dalam institusi pendidikan terutama kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi. Kursus Keusahawanan (PB 201) merupakan antara kursus yang ditawarkan kepada semua pelajar politeknik. Bagi meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang keusahawanan, program pembudayaan keusahawanan dijalankan di semua politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini dijalankan dalam dua Fasa. Fasa pertama telah pun berjalan pada 16 Oktober yang lalu iaitu seramai 800 orang pelajar semester satu telah menjalani program yang berbentuk ceramah keusahawanan yang bertemakan “ Ke arah Melahirkan Usahawan Muda Yang Berjaya.


Untuk fasa kedua ini pula, program ini tertumpu kepada pelajar semester akhir di mana tema pada kali ini pula ialah “Road to be a techno-preneur”.  Selain dari pengetahuan asas dalam keusahawanan, peserta program ini juga akan didedahkan dengan maklumat terkini mengenai peluang perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana pendapatan apabila mereka tamat belajar  nanti.  Begitu juga, pelajar akan dapat mewujudkan jaringan/networking di kalangan mereka.









Wednesday, 27 March 2013

Program Girls Outing JKM


kenangan girl's outing pada 23 Februari 2013 :

9 a.m -Tiba di Active Academi, Gambang Resort City

9.15a.m - Diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan

9.30 a.m - ice breaking

10 a.m  - Sarapan

10.30a.m -12.00p.m 

Explorace :

1.Hard nail - permainan yang menggunakan 11 batang paku untuk dijadikan satu    struktur. dimana 10 batang paku disusun diatas sebatang paku yang tegak.
2. Sudoku - menyusun nombor 1-9 dalam 3baris 3 lajur. setiap baris dan lajur apabila dijumlahkan =15.
3. Tiup belon - setiap ahli kumpulan berkerjasama meniup belon sejauh 4meter tanpa menyentuh belon tersebut.
4. Si bisu besama gelung rotan - si bisu haruslah menggelek gelung sebanyak 10 kali.. kemudian si bisu memilih salah satu kertas yg dgulung dlm balang yg tdapat soalan. soalan tersebut adalah berkaitan  dengan tajuk filem.
5. Batang bergas helium - setiap ahli kump bekerjasama untuk menurunkan batang tersebut dengan menggunakn kedua- dua  tapak jari telunjuk keatas tanah. batang tersebut mesti sama paras dengan paras dada sebelum ia diturunkan.
6. Tsunami - menggunakn btg paip yg bdiameter 4" yg blubang.sebiji bola ping pong dimasukkn kedalam batang paip tersebut. ahli kump bkerjasama menutup lubang untuk menahan air dripda keluar& seorang menambah air masuk kedalam btg paip tsebut shingga bola pingpong tsebut keluar dripd btg paip tsebut.


12.30 p.m - makan tengahari hari dan solat.
2 p.m- bertolak pulang ke polisas

nukilan,
nuraini kamilah, kamesah, wan
                                  

Thursday, 14 March 2013

AUTOMOTIVE OPEN DAY : 5- 6 Mac 2013

 Assalamualaikum & salam sejahtera,

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL telah mengadakan 'AUTOMOTIVE OPEN DAY' :

Tempat : Bengkel Automotif

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

Servis Kenderaan (Kereta dan Motosikal)

Perkhidmatan yang disediakan adalah:



sekian :)

Program Kolaborasi bersama masyarakat Kampung Serambi : 8 dan 9 hb Mac 2013

Assamualaikum & Salam Sejahtera,

Program Kolaborasi bersama masyarakat Kampung Serambi dan Kampung Pulau Rumput serta Program rekreasi di Tasik Chini telah diadakan pada 8 dan 9 hb Mac 2013.  Seramai 28 orang peserta program terdiri dari pelajar semester 1 hingga 6 dari program DKM dan DAD serta 8 orang pensyarah dan masyarakat kampong  telah menjayakan gotong royong di sekitar kawasan perkuburan kampong serambi dan surau serambi  yang bermula pada pukul 10.30pagi hingga 1.30 tengahari. 


Pada sebelah petang pula perlawanan bola sepak diantara peserta program serta pensyarah dan masyarakat kampong Pulau Rumput telah diadakan dengan kemenangan berpihak kepada penduduk kampong Pulau Rumput.  Pelajar Maahad Tahfiz Darool Ulum pula menghiburkan peserta program  dan penduduk kampong dengan persembahan maulid (puji-pujian ke atas Rasul SAW) diantara solat berjemaah  maghrib dan isya’ diikuti dengan jamuan makan dan juga barbeque.  Para peserta bertolak ke Tasik Chini untuk program rekreasi pada keesokkan harinya setelah menjamu selera.


sekian :)

gambar : pn hazlin dan kelab mechy
laporan : pn hazlin


Program I Care 4 You : 5 Februari 2013

Salam dan Selamat Sejahtera,

Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Program I Care For You khas untuk pelajar pelajar JKM yang 'carry module' telah diadakan di Dewan Seminar Kokurikulum. Seramai 150 pelajar JKM telah menghadiri program ini. 
Antara pengisian yang telah diberikan sepanjang program ini adalah Taklimat bersama unit Peperiksaan, Ujian Gaya Belajar, Motivasi Belajar dan Pengurusan Masa. Slot ini telah dikendalikan oleh Pegawai Unit Psikologi POLISAS iaitu En Hafiz dan Pn Umaimah Nasuuha. 
Wakil Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pn Aida Haryati pula telah meluangkan masa sejam bersama pelajar untuk sesi taaruf dan soal jawab bersama pihak pengurusan JKM. 
Sesi soal jawab ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Psikologi, Pn Sarina. Adalah dengan ini, diharapkan program ini dapat meningkatkan self esteem pelajar bagi meningkatkan kebolehan dalam bidang akademik. 


sekian :)


Friday, 1 February 2013

KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)


 KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

 




 
PENDAHULUAN

 

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) atau Innovative And Creative Circle (ICC) bolehlah didefinisikan sebagai satu kumpulan kecil (team) yang ditubuhkan oleh pekerja dari tempat yang sama berkumpul secara sukarela untuk mengenalpasti masalah, menganalisa dan seterusnya menggunakan kreativiti mereka untuk mencadangkan penyelesaian yang inovatif terhadap masalah tersebut.

Satu Kursus KIK telah dilaksanakan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), POLISAS di mana ianya merupakan satu langkah permulaan bagi staf JKM mengenal KIK dan seterusnya membina team KIK di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS. Seramai 45 orang staf JKM telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Potfolio Penyelidikan Dan Inovasi JKM bersama ULPL JKM. Butiran mengenai Kursus KIK tersebut adalah seperti berikut :

 

Tajuk             : "Amalan dan Perlaksanaan KIK di Industri"

Penceramah :  En.  Abd Wahab Bin Jaafar,

                        QM Department, Volkswagen Operation,

   HICOM  Automotive Manufacturer (M) Sdn. Bhd.,

   Pekan, Pahang Darul Makmur.

Tarikh            : 18 Januari 2013, Hari Jumaat

Masa             :  2.45 petang - 4.30 petang

Tempat          : Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS

 

OBJEKTIF

 

Matlamat kursus / Program pengisian tersebut adalah seperti berikut :

 

i.       Memberi pendedahan kepada staf JKM berkenaan apa itu KIK.

ii.      Membuka minda staf betapa pentingnya KIK untuk jabatan.

iii.     Sebagai  motivasi  kepada  staf  agar  lebih  proaktif  dalam   menghasilkan

         inovasi.

iv.     Sebagai  permulaan   hubungan   industri - JKM  POLISAS   dan   kolabrasi

         perkongsian ilmu.

 

 

KESIMPULAN

 

Selain dari yang dinyatakan dalam objektif Kursus KIK, adalah diharapkan semoga segala  pengetahuan dan ilmu yang diperolehi dari kursus berkenaan dapat digunakan dalam meningkatkan motivasi staf JKM melalui pengurusan secara penyertaan dalam kumpulan yang boleh bergerak secara aktif. Selain itu semua staf juga boleh mempromosikan budaya perkongsian pengetahuan, pemikiran kreatif dan inovasi bagi ciptaan nilai.

 

KIK boleh dikatakan sebagai jentera perhubungan yang berkesan atau sebagai platform untuk merealisasikan bakat, dapat meningkatkan produktiviti, kualiti dan melahirkan ciptaan baru. Yang demikian, Kursus KIK seterusnya amatlah diperlukan untuk membimbing staf JKM dan juga semua staf POLISAS untuk meneruskan usaha KIK ini supaya lebih berjaya dan cemerlang di masa akan datang.

 

 

Disediakan oleh :

MISKIAH  BINTI  WAKIJAN

JAWATANKUASA PENYELARAS KIK

POTFOLIO PENYELIDIKAN DAN INOVASI

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, POLISAS

Thursday, 31 January 2013

Seminar Inovasi JKM

Salam & Selamat Sejahtera

UNIT PEMBANGUNAN INOVASI JKM
TELAH MENGADAKAN SEMINAR INOVASI PELAJAR JKM SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:


TARIKH :   22 JANUARI 2013 (SELASA)
MASA   :   8.30 PG HINGGA 5.00 PTG
TEMPAT : BILIK SEMINAR JKM
PELAJAR : SEMUA PELAJAR JKM SEMESTER 4/5 YANG MENDAFTAR KURSUS PROJEK 1
PENCERAMAH : KETUA PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA,
                           UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Tentatif Program
8.15 am          -           Pendaftaran Pelajar
8.30 am        -             Ketibaan Penceramah Jemputan dan Ketua -ketua Jabatan
8.40 am          -           Bacaan Doa
8.45 am          -           Ucapan Aluan Pengacara Majlis
8.50 am          -           Ucapan Perasmian Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
9.00 am        -             Pembentangan Kertas Kerja 1 – Penjanaan idea (En Rosdi bin Ab Rahman, UTHM)
10.30 am        -           Rehat dan Minum Pagi
11.00 am      -            Kertas Kerja 2 – Garispanduan Penulisan Proposal Projek (En Rosdi bin Ab Rahman, UTHM)
12.30 pm        -           Rehat / Makan Tengahari / Solat
2.00 pm          -           Bengkel 1
4.00 pm          -           Pembentangan
5.00 pm          -           Penutup / Bersurai


Anjuran : Unit Pembangunan Inovasi JKM

Monday, 28 January 2013

DME INOVATION CHALLENGE sesi Disember 2012

DME INOVATION CHALLENGE



PENGENALAN
DME INOVATION CHALLENGE adalah satu program DME untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti pelajar. Pertandingan inovasi ini terbuka kepada semua pelajar DME kecuali pelajar Semester 6 yang masih belum mengambil kursus JJ514 (Project 1).

Kategori
Tahap
Semester
Tema
2
Pelajar yang sedang mengambil Projek 1
Bahan terbuang
1
Pelajar yang belum mengambil Projek 1
Bebas


BAGAIMANA MENYERTAI PERTANDINGAN INI?
·       Daftar penyertaan (percuma)
·     Penyerahan idea inovasi anda dalam bentuk poster bersaiz A3 dua mukasurat dalam format JPEG sahaja kepada urusetia untuk dinilai.
·       Idea yang dipilih akan dipertandingkan dan dipamerkan. 
·       Pembentangan oleh peserta
·       Pengumuman pemenang


OBJEKTIF
a)     Membolehkan pelajar mengembangkan daya kreativiti dan inovasi
b)    Membudayakan inovasi kepada pelajar
c)     Memupuk keupayaan penyelesaian masalah dan pemikiran kritis
d)    Memupuk keupayaan bekerja dalam pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang
e)     Memupuk budaya berdaya saing dalam kalangan pelajar
f)     Memberi impak dan manfaat secara langsung kepada masyarakat


TARIKH PENTING
Pendaftaran                                                     28/01/2013 (M8) hingga 18/02/2013 (M11)
Penyerahan poster                                            Pada atau sebelum 22/03/2013 (M15) 4.00 petang
Pengumuman kelayakan peringkat saringan        29/03/2013
Pertandingan/pameran                                       Minggu 18
Pengumuman pemenang                                   Majlis Anugerah Ketua Jabatan DME

APA YANG ANDA PERLU BUAT
1.     PENDAFTARAN
Pendaftaran secara atas talian : http://tinyurl.com/al8t7p7 secara percuma.
Pendaftaran atas talian beroperasi secara rasmi mulai 28/01/2013 (M8) hingga 18/02/2013 (M11)

2.     PENYERAHAN PENYERTAAN
                   i.        Setiap penyerahan poster penyertaan hendaklah dalam hardcopy (poster berwarna) dan softcopy (CD) pada atau sebelum 22/03/2013 (M15) 4.00 petang.

                  ii.        Poster penyertaan haruslah mempunyai elemen pemilihan masalah, penjanaan idea dan pemilihan idea untuk penyelesaian masalah.

3.     PANDUAN SERAHAN POSTER
a)      Poster yang hendak dihantar mestilah mempunyai 2 mukasurat yang mengandungi penerangan merangkumi proses penjanaan konsep inovasi iaitu pemilihan masalah atau peluang dan penjanaan idea bagi menyelesaikan masalah tersebut.

b)      Pemilihan masalah hendaklah diolah secara kemas dan jelas menggunakan gabungan teks, gambar, diagram atau grafik lukisan 2 atau 3 dimensi jika perlu.

c)      ID pendaftaran diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan poster sebagai contoh (1DME01/D12 untuk mukasurat pertama dan 1DME02/D12 untuk mukasurat kedua). Peserta dilarang meletakkan sebarang maklumat diri selain daripada ID peserta.

d)      Poster yang hendak dihantar mestilah bersaiz A3 dengan layout portrait/menegak dalam format softcopy JPEG sahaja.

e)      Poster hendaklah dihantar kepada urusetia pertandingan dalam bentuk hardcopy (poster berwarna) dan softcopy (CD).

4.     MENUNGGU KEPUTUSAN PANEL JURI
Peserta yang melepasi peringkat saringan dan layak menyertai pertandingan serta pameran akan dihubungi oleh urusetia melalui polisasjkm.blogspot.com atau email peserta atau paparan pada papan kenyataan blok PH JKM pada 29/03/2013.

5.     KEPERLUAN PESERTA
a)      Peserta yang diumumkan layak menyertai pertandingan serta pameran perlu bersedia untuk membuat pembentangan secara lisan selama 10 minit kepada panel juri berdasarkan poster yang telah dihantar sebelum ini.

b)      Peserta juga dibenarkan untuk menyediakan pamphlet / brosure / model untuk membantu proses pembentangan jika ada.

KEPUTUSAN
Keputusan panel juri adalah muktamad.

HADIAH

a)     Inovasi terbaik (bagi tahap 1) akan memperolehi:    

Johan :  Piala pusingan + RM 300 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Naib Johan :  RM200 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Ketiga : RM100 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Keempat - kesepuluh : Rm50 + sijil penghargaan + sijil penyertaan.

 

b)    Inovasi terbaik (bagi tahap 2) akan memperolehi:

Johan : Piala pusingan + geran pembangunan projek akhir + RM 300 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Naib Johan : RM200 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Ketiga – RM100 + sijil penghargaan + sijil penyertaan + medal

Keempat hingga kesepuluh – Rm50 + sijil penghargaan + sijil penyertaan.

 

c)     Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang menyertai DME Innovation Challenge.

  

Penjurian

Kriteria Penjurian
Penjurian adalah dilandaskan kepada kriteria berikut:
a) Keaslian idea
b) Kepentingan idea rekabentuk
c) Unsur praktikal dan kebolehfungsian
d) Persembahan yang terang dan jelas
e) Potensi impak kepada masyarakat
f) Kebijaksanaan dalam proses penyelesaian masalah

Panel Juri
Panel juri yang dilantik bagi setiap tahap adalah terdiri daripada tiga (3) individu yang dilantik dari kalangan warga akademik atau industri. 

disediakan oleh,
Urusetia Pertandingan

sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada : polisasjkm@gmail.com